..LiFe Is WoNdErFuL..

Don't wilt away, Ichirin No Hana.
Don't ever give up, Ichirin No Hana.
Because life is like a song..
Our life, we tune the melody.
Our life, we create the lyrics.

Tuesday 12 February 2013

~~ jAnJiKu ~~

~~ jAnJiKu ~~






MONOLOG

         Aku memang lemah. Aku akuinya, Sophia. Sebabnya aku memang tak dapat jadi setabah kau. Dulu aku fikir, aku mampu jadi setabah kau. Malah, lebih tabah dari kau. Tetapi, hakikatnya bukan begitu. Kau mampu hadapi segalanya dengan senyuman. Tapi aku…Aku bukannya tidak mahu senyum. Dulu aku pernah mengukir senyum. Kadang – kadang ketika menangis pun aku masih mampu tersenyum. Tapi itu dulu. Ketika dia masih ada di sisi aku. Kini, aku memang ingin tersenyum. Cuma, aku tak lagi mampu mengukir senyuman. Walau betapa aku mencuba sekali pun. Bibir ini terasa berat dan hati ini terasa hambar. 

            Dulu, ada yang bertanya pada ku, “Adakah kau percaya cinta pandang pertama?” Aku tidak tahu jawapannya. Jadi, aku selalu bertanya soalan yang sama pada diri sendiri. Tapi masih tiada jawapan. Hinggalah pada saat jantung ini berdegup pantas bila bertentang mata kau pada kali pertama. Selepas itu, pandangan aku hanya mencari kau. Dan selepas itu aku percaya, yang aku telah jatuh cinta pada kau pada pandangan pertama. Love at the first sight. Kerana itu, aku mengatakan yang kau memang menawan hati Iskandar Dzulkarnaen. Dan kerana kau juga, aku tak pernah menyedari seseorang yang sentiasa di sisi kau memerhatikanku sambil mengharap aku memandangnya walau sekali.

            Dan kau Zafwan Iskandar. Bila kau ada bersama, kau memang menyesakkan mata. Tapi, bila kau tiada, bernafas pun aku dah lupa caranya.




SATU

            Nafiesya meletakkan plastik barang – barang yang di belinya tadi di dalam 
bakul basikalnya. Kemudian basikal BMX miliknya itu disorong ke depan sebelum 
mula mengayuh. Ketika itu matanya terpandang seorang kanak – kanak yang yang 
berusia dalam lingkungan 4 tahun melambungkan bola miliknya ke udara. Ibunya 
yang mendukung seorang bayi berkali – kali melarang perbuatan anaknya itu. 
Namun, anaknya itu kangsung tidak mengendahkan larangan ibunya itu.

            Nafiesya tersenyum. Kanak – kanak memang begitu. Sebaik sahaja dia 
melepasi tempat ibu dan anak itu berdiri, bola  yang dilambung ke udara oleh anak 
tersebut melantun ke tengah jalan. Kanak – kanak tersebut pula terus merengek 
meminta ibunya mendapatkan kembali bolanya itu. Nafiesya berhenti dan terus menuju ke arah 
ibu tersebut untuk menawarkan bantuan.

            “Kan ibu dah kata, jangan main…”
            “Boleh saya bantu?”ucap Nafiesya sebaik sahaja tiba di tempat ibu tersebut.
            “Menyusahkan kamu sahaja.”
Setelah memastikan tiada kenderaan, Nafiesya segera mendapatkan bola 
yang bergolek ke tengah jalan. Sebaik sahaja dia bangkit dari membongkok, sebuah 
kereta berhenti secara mengejut tidak jauh dari tempat Nafiesya berdiri. Bola yang 
dipegangnya tadi terlepas dari tangannya dan bergolek ke tepi jalan. Jantungnya seolah-olah berhenti berdegup. Mukanya jelas kelihatan terkejut. Seorang lelaki 
dari tempat penumpang tergesa-gesa keluar mendapatkannya.        

            “Awak tak apa – apa?”
            Nafiesya menggelengkan kepala sambil memandang wajah lelaki tersebut. 
Dia terpaku. Dia seakan – akan terpesona dengan wajah tampan milik lelaki itu.
            “Awak pasti ke tak apa – apa ni?” Soal lelaki itu lagi.
            Sekali lagi Nafiesya menggelengkan kepalanya. Manakala seorang lagi lelaki keluar 
dari tempat pemandu tetapi dia sekadar berdiri di sisi keretanya.
            “Cepatlah Dzul,”katanya.
Lelaki yang dipanggil Dzul itu mengangguk. Kemudian dia mendapatkan bola lalu 
menyerahkannya kepada Nafiesya dengan senyuman. Nafiesya membalas 
senyuman lelaki  baik tersebut dengan hatinya yang berbunga.

            “Terima kasih.”
            Jantungnya berdegup pantas apabila pandangan mata mereka bertaut. 
Cepat-cepat dia mengalihkan pandangan. Perasaan malu menyelinap ke segenap 
ruang hatinya. Wajahnya terasa panas.

            “Lain kali jangan main bola tengah-tengah jalan. Ingat ni jalan bapak dia 
punya.”
            Suara kuat yang sememangnya sengaja dikuatkan itu menusuk ke 
pendengaran Nafiesya. Pandangan tajam dihala ke arah lelaki tersebut.
            “Sepatutnya awak yang minta maaf bukan dia,”ujar Nafiesya sambil 
menunjuk ke arah Dzul.
            “Apa? Kenapa pu..”
            “Sebabnya awak yang pandu kereta. Lagi satu, jangan ingat awak pandu 
kereta awak boleh berlagak,”kata Nafiesya menghabiskan ayatnya tanpa memberi 
peluang lelaki itu berkata-kata.

            Nafiesya sempat menendang tayar kereta sebelum dia berlalu memberikan 
bola kepada kanak-kanak tadi. Selepas itu, dia mendapatkan basikalnya.
            Mata Zafwan terbeliak melihat tindakan berani mati gadis tersebut. Dia 
baru sahaja ingin membuka mulut untuk memarahi gadis tersebut tetapi Dzul 
terlebih dahulu melarangnya.

            “Dahlah Zaf..”
            Zafwan memerhatikan sahaja tingkah Nafiesya sehinggalah kelibat gadis 
tersebut hilang dari pandangan. Dzul pula melihat tingkah sahabatnya itu penuh 
minat.

            “Berminat?” Soal Dzul cuba menduga.
            “Nonsense! Tapi, dia tu kelakarla.”
            “Apa yang kelakarnya?”
            “Iyalah. Ada lagi rupanya orang yang berbasikal. Aku fikir kanak-kanak je.’
            “Biasa je aku rasa. Negara maju macam Jepun pun, rakyat dia pun masih 
lagi berbasikal.”
            “Itu Jepun. Kat Malaysia ni jarang kita jumpa. Lebih-lebih lagi di bandar. 
Kalau kampung tu lain la citenya."
            “Papela Zaf. Yang kau tu melulu marah dia tadi, kenapa?”
            “Aku tak tahula pulak yang dia tolong budak tu.”
            “Itula kau. Lain kali jangan marah melulu.”
            Zafwan sekadar tersenyum.
            “Tapi dia tu memang berani,”kata Zafwan perlahan.
            “Apa?”
            Zafwan menggelengkan kepala tanda tiada apa-apa sambil tersenyum.


            Mukanya masam mencuka sepanjang perjalanan. Sebaik sahaja Sophia 
membuka pintu dia terus meluru masuk tanpa berkata apa-apa. Barang-barang di 
dalam bakul basikalnya di biarkan sahaja di situ. Sophia yang melihat gelagat 
sahabatnya itu menggelengkan kepala.

            “Apa yang tak kena ni?” Soal Sophia sambil meletakkan plastik barang di 
atas meja.
            “Geram betol.. Ingat dia tu apa? Bagus sangat?” Luah Nafiesya. Tanpa 
perlu dipaksa-paksa dia menceritakan kejadian tadi kepada Sophia. Tetapi 
ceritanya lebih menjurus kepada punca kemarahannya.

            “Dia tu memang penjahat. Kalau jumpa lagi, siapla.. penjahat 
bertanduk,”marah Nafiesya.
            “Sabarla Fiesya. Tak elok marah-marah.”
            Nafiesya sekadar mendiamkan diri mendengar kata-kata Sophia yang 
berunsur nasihat itu. Seketika kemudian dia bingkas bangun dan menuju ke 
biliknya.

            “Nak ke mana?”
            “Mandi. Melekit rasanya..”
            “Owh.. Ingat dah merajuk.” Kata Sophia sambil tersenyum.
            "Tak ada keja nak merajuk. Tak pasal-pasal malam ni tak boleh makan.” 
Kata Nafiesya sambil begurau.




Nafiesya terkocoh-kocoh meletakkan basikalnya di garaj yang 
diperuntukkan untuk pelajar. Sememangnya dia lebih selesa berbasikal ke sekolah 
memandangkan rumah sewanya tidak jauh dari sekolahnya. Dan kebenarannya, tiada pelajar sekolah menengah lain berbasikal ke sekolah. Itupun pelajar 
Tingkatan Enam. Tetapi, dia tidak mengendahkan pandangan orang ramai.

Dia lebih mementingkan keselesaan diri sendiri. Tambahan pula, berbasikal ke 
sekolah tidak menjadi satu kesalahan.
            “Kalau nak ikutkan pandangan orang, teruklah. Ini kehidupan kita, biarlah 
kita yang tentukan apa yang kita nak buat. Barulah dinamakan hidup. Kalau asyik 
ikut telunjuk orang, kita ni tak ubah macam patung yang di gerakkan ke sana-sini 
ikut suka mereka,”jawab Nafiesya apabila ditanya oleh Sophia pada hari pertama 
dia berbasikal ke sekolah. Semenjak itu, Sophia turut berbasikal ke sekolah.

            Nafiesya terus berjalan laju menuju ke kelasnya sambil membetulkan beg 
sandang dengan tangan kanan dan tangan kirinya pula membimbit beberapa buah 
buku. Ketika membelok di selekoh berhampiran Pejabat Sekolah dia bertembung 
dengan seseorang. Buku yang dipegangnya bertaburan jatuh ke lantai.

            “Maaf..” Ujar mereka serentak sambil sama-sama menunduk untuk 
mengutip buku. Tindakan mereka yang serentak itu menyebabkan kepala mereka 
terhantuk sesama sendiri. Nafiesya mendongak dan pandangan mereka bertaut. 
Akhirnya ketawa mereka terburai.

            “Awak? Kat sini?”Ujar Nafiesya selepas ketawanya reda.
            “Jumpa lagi. Saya baru pindah ke sini,”ujar Dzul.
            “Owh.. Maaf awak. Saya dah lambat ni. Pergi dulu yer..” Kata Nafiesya 
tergesa-gesa.
            Malang baginya apabila sebaik sahaja dia menoleh ke depan dan mahu 
melangkah, sekali lagi dia dilanggar.
            “Maaf.” Ujar Nafiesya tanpa memandang gerangan yang melanggarnya.
            “Setiap kali jumpa awak, nasib saya memang malang.”
            Air muka Nafiesya berubah mendengar kata-kata tersebut.
            “Awak!!”Bibirnya digigit. Jari telunjuknya yang tepat menunjuk ke muka 
lelaki itu diturunkan.
            “Malas nak layan awak,”ujar Nafiesya lalu meninggalkan lelaki tersebut. 
Sebelum itu, dia dengan sengaja merempuh bahu lelaki itu.
            “Budak ni..” Getus hati Zafwan.

            Nafiesya menarik nafas lega sebaik sahaja sampai ke kelasnya. Dia terus 
menuju ke tempatnya di sebelah Sophia.
            “Kau ni memang bernasib baik. Cikgu Ismail lewat. Dalam sejarah tau dia 
lewat,”kata Sophia.
            Nafiesya tersenyum.
            “You know what, Sophia.. Penjahat bertanduk tu pelajar baru kat sekolah ni. 
Ada dua orang. Sorang lagi tu Dzul.”
            “Dzul yang kau cakap baik tu ke?”
            Nafiesya mengangguk.
            “Selamat pagi, pelajar semua..”
            “Selamat pagi, Cikgu Ismail!!”
            Cikgu Ismail yang bermisai lebat itu menoleh ke luar kelas lalu melambai 
tangannya seolah-olah memanggil seseorang. Kemudian dua orang pelajar  lelaki 
melangkah masuk.

            “Kita ada dua orang pelajar baru hari ni. Okey boys, introduce yourself.”
            Nafiesya memandang mereka sekilas kemudian dia berbisik sesuatu di 
telinga Sophia.

            “Hai. Saya Iskandar Dzulkarnaen Kamarudin. Panggil saja Dzul.”
            “Selamat pagi. Saya Zafwan Iskandar Zulkifli. Panggil saja Zaf.”
            “Hello!!!”Ucap seisi kelas.
            Mata Nafiesya melekat pada wajah Dzul. Tiba-tiba pandangan mereka bertaut. Jantungnya berdebar kuat. Melihat senyuman di bibir Dzul, membuatkan 
bibirnya turut mengukir senyum.
            “Kamu berdua sila ambil tempat di belakang.”
            Mereka berdua segera ke belakang dan Dzul mengambil tempat 
bersebelahan tingkap. Manakala Zafwan pula di sebelah Dzul dan juga di sebelah 
Nafiesya. Nafiesya memasamkan mukanya apabila Zafwan memandangnya.

            “Amboi, muncung boleh ikat reben,”sindir Zafwan perlahan tetapi mampu 
di dengar oleh Nafiesya.
            “Nothing to do with you,”balas Nafiesya.
           
            Loceng kedengaran nyaring menandakan waktu persekolahan sudah tamat. 
Nafiesya masih lagi menyalin sesuatu di buku tulisnya. Dia langsung tidak 
mengendahkan suasana bising di sekelilingnya sehinggalah suara yang amat 
dikenali dan mengundang perasaan marahnya kedengaran.

“Hai..” Ucap Zafwan.
            “Hai..” Balas Sophia.
            “Saya dah berkenalan dengan semua orang dalam kelas ni kecuali awak. 
Saya Zaf..” Ucap Zafwan sambil menghulur tangan.
            “Berapa belas juta kali awak nak perkenalkan diri. Ingat kami ni pekak ke? 
Lagi satu, tangan tu tak payah nak hulur ke hulu ke hilir. Kita bukannya muhrim 
nak salam-salam,”bidas Nafiesya tajam.

            Zafwan tersenyum kelat. Manakala Dzul dan Sophia sama-sama menahan 
tawa.
            “Dahla Fiesya. Saya Sophia Zahra. Ni kawan baik saya Nurin Nur Nafiesya.”
            Nafiesya melempar senyuman manis kepada Dzul. Namun sebaik sahaja 
terpandang Zafwan, wajahnya bertukar kelat.
            “Harapkan nama je cantik. Tapi mulut… Masya Allah.” Sindir Zafwan.
            Darah Nafiesya berderau. Tanpa berfikir panjang pemadam yang berada 
dalam tangannya dilempar dan tepat mengenai dahi Zafwan.
            “Aduh!!”
            “Lagi satu yang kau perlu tahu, balingan aku memang tepat,”kata Nafiesya 
lalu cepat-cepat mengemas barang-barangnya lalu meninggalkan mereka sambil 
menarik tangan Sophia.

            Zafwan menggosok dahinya sambil memerhatikan langkah Nafiesya yang 
kelam-kabut. Bibirnya mengukir senyum.
            “Dia cantikkan?” Soal Dzul tiba-tiba.
            “Siapa?”
            “Nafiesya.”
            Zafwan mengerling Dzul sekilas kemudian dia memandang kejauhan. Wajah 
Nafiesya terbayang. “Amat cantik..” Desis hatinya.
            “Perangai ngan mulut dia lagi cantik,”kata Zafwan. Dzul menggelengkan 
kepala mendengar kata-kata Zafwan.
            “Zaf, baik kau fikir something pasal Fiesya tu. Takkan nak terus perang 
mulut macam ni sampai hujung tahun.”
            “Hmm. Ntahla Dzul. Asal jumpa dia je, ada je idea dia nak cari pasal ngan 
aku. Mulut ni satu hal. Tak reti nak jaga tuan.”
            Nafiesya menarik nafas lega sebaik sahaja mereka sampai ke rumah sewa 
mereka. Nafasnya termengah-mengah. Sophia agak ketinggalan di belakang.
            “Fiesya, kenapa laju sangat?” Soal Sophia sebaik sahaja sampai.
            Nafiesya membiarkan sahaja soalan Sophia itu sepi tidak berjawab. Dia 
meneguk air putih sehingga habis segelas.
            “Berani betul kau baling pemadam tadi.”
            “Aku pun tak sangka aku boleh buat macam tu. Automatik tau. Kecut perut 
aku tadi.” Ujar Nafiesya diiring tawa.
            “Takut rupanya. Patutla laju je kau jalan. Tak pandang-pandang belakang 
dah.”
            “Dahla gelak tu.” Kata Nafiesya sambil membaling sebiji bantal ke arah 
Sophia.
            “Satu lagi kau perlu tahu, balingan aku memang tepat..” Ajuk Sophia lagi 
sambil galak ketawa.
            “Sophia!!”
            Sophia terus berlari menuju ke biliknya apabila melihat Nafiesya sudah 
membuka langkah untuk mengejarnya.

No comments:

Post a Comment