~~ jAnJiKu ~~
MONOLOG
Aku memang lemah. Aku akuinya, Sophia. Sebabnya aku memang tak dapat jadi setabah kau. Dulu aku
fikir, aku mampu jadi setabah kau. Malah, lebih tabah dari kau. Tetapi,
hakikatnya bukan begitu. Kau mampu hadapi segalanya dengan senyuman. Tapi aku…Aku
bukannya tidak mahu senyum. Dulu aku pernah mengukir senyum. Kadang –
kadang ketika menangis pun aku masih mampu tersenyum. Tapi itu dulu.
Ketika dia masih ada di sisi aku. Kini, aku memang ingin tersenyum. Cuma, aku tak
lagi mampu mengukir senyuman. Walau betapa aku mencuba sekali pun. Bibir
ini terasa berat dan hati ini terasa hambar.
Dulu, ada yang bertanya pada ku, “Adakah kau percaya
cinta pandang pertama?” Aku tidak tahu
jawapannya. Jadi, aku selalu bertanya soalan yang sama pada diri sendiri. Tapi
masih tiada jawapan. Hinggalah pada saat jantung ini berdegup pantas bila
bertentang mata kau pada kali pertama. Selepas itu, pandangan aku hanya
mencari kau. Dan selepas itu aku percaya, yang aku telah jatuh cinta pada kau
pada pandangan pertama. Love at the first
sight. Kerana itu, aku mengatakan yang kau memang menawan hati Iskandar
Dzulkarnaen. Dan kerana kau juga, aku tak pernah menyedari seseorang yang
sentiasa di sisi kau memerhatikanku sambil mengharap aku memandangnya walau
sekali.
Dan kau Zafwan Iskandar. Bila kau
ada bersama, kau memang menyesakkan mata. Tapi, bila kau tiada, bernafas pun aku
dah lupa caranya.
SATU
Nafiesya
meletakkan plastik barang – barang yang di belinya tadi di dalam
bakul basikalnya. Kemudian basikal BMX miliknya itu disorong ke
depan sebelum
mula mengayuh. Ketika itu matanya terpandang seorang kanak – kanak
yang yang
berusia dalam lingkungan 4 tahun melambungkan bola miliknya ke
udara. Ibunya
yang mendukung seorang bayi berkali – kali melarang perbuatan
anaknya itu.
Namun, anaknya itu kangsung tidak mengendahkan larangan ibunya itu.
Nafiesya tersenyum.
Kanak – kanak memang begitu. Sebaik sahaja dia
melepasi tempat ibu dan anak itu berdiri, bola yang dilambung ke udara oleh anak
tersebut melantun ke tengah jalan. Kanak – kanak tersebut pula terus
merengek
meminta ibunya mendapatkan kembali bolanya itu. Nafiesya berhenti dan terus
menuju ke arah
ibu tersebut untuk menawarkan bantuan.
“Kan ibu dah kata,
jangan main…”
“Boleh saya
bantu?”ucap Nafiesya sebaik sahaja tiba di tempat ibu tersebut.
“Menyusahkan kamu
sahaja.”
Setelah memastikan tiada kenderaan, Nafiesya segera
mendapatkan bola
yang bergolek ke tengah jalan. Sebaik sahaja dia bangkit dari
membongkok, sebuah
kereta berhenti secara mengejut tidak jauh dari tempat Nafiesya
berdiri. Bola yang
dipegangnya tadi terlepas dari tangannya dan bergolek ke tepi jalan. Jantungnya seolah-olah berhenti berdegup. Mukanya jelas kelihatan terkejut. Seorang lelaki
dari tempat penumpang tergesa-gesa keluar mendapatkannya.
“Awak tak apa – apa?”
Nafiesya menggelengkan kepala sambil memandang wajah
lelaki tersebut.
Dia terpaku. Dia seakan –
akan terpesona dengan wajah tampan milik lelaki itu.
“Awak pasti ke tak apa – apa ni?” Soal lelaki itu lagi.
Sekali lagi Nafiesya menggelengkan kepalanya. Manakala seorang
lagi lelaki keluar
dari tempat pemandu tetapi
dia sekadar berdiri di sisi keretanya.
“Cepatlah Dzul,”katanya.
Lelaki yang dipanggil Dzul
itu mengangguk. Kemudian dia mendapatkan bola lalu
menyerahkannya kepada
Nafiesya dengan senyuman. Nafiesya membalas
senyuman lelaki baik tersebut dengan hatinya yang berbunga.
“Terima kasih.”
Jantungnya berdegup pantas apabila pandangan mata mereka
bertaut.
Cepat-cepat dia
mengalihkan pandangan. Perasaan malu menyelinap ke segenap
ruang hatinya. Wajahnya terasa panas.
“Lain kali jangan main bola tengah-tengah jalan. Ingat ni
jalan bapak dia
punya.”
Suara kuat yang sememangnya sengaja dikuatkan itu menusuk
ke
pendengaran Nafiesya. Pandangan
tajam dihala ke arah lelaki tersebut.
“Sepatutnya awak yang minta maaf bukan dia,”ujar Nafiesya
sambil
menunjuk ke arah Dzul.
“Apa? Kenapa pu..”
“Sebabnya awak yang pandu kereta. Lagi satu, jangan ingat
awak pandu
kereta awak boleh
berlagak,”kata Nafiesya menghabiskan ayatnya tanpa memberi
peluang lelaki itu
berkata-kata.
Nafiesya sempat menendang tayar kereta sebelum dia
berlalu memberikan
bola kepada kanak-kanak
tadi. Selepas itu, dia mendapatkan basikalnya.
Mata Zafwan terbeliak melihat tindakan berani mati gadis
tersebut. Dia
baru sahaja ingin membuka
mulut untuk memarahi gadis tersebut tetapi Dzul
terlebih dahulu
melarangnya.
“Dahlah Zaf..”
Zafwan memerhatikan sahaja tingkah Nafiesya sehinggalah
kelibat gadis
tersebut hilang dari
pandangan. Dzul pula melihat tingkah sahabatnya itu penuh
minat.
“Berminat?” Soal Dzul cuba menduga.
“Nonsense!
Tapi, dia tu kelakarla.”
“Apa yang kelakarnya?”
“Iyalah. Ada
lagi rupanya orang yang berbasikal. Aku fikir kanak-kanak je.’
“Biasa je aku rasa. Negara maju macam Jepun pun, rakyat
dia pun masih
lagi berbasikal.”
“Itu Jepun. Kat Malaysia ni jarang kita jumpa. Lebih-lebih
lagi di bandar.
Kalau kampung tu lain la
citenya."
“Papela Zaf. Yang kau tu melulu marah dia tadi, kenapa?”
“Aku tak tahula pulak yang dia tolong budak tu.”
“Itula kau. Lain kali jangan marah melulu.”
Zafwan sekadar tersenyum.
“Tapi dia tu memang berani,”kata Zafwan perlahan.
“Apa?”
Zafwan menggelengkan kepala tanda tiada apa-apa sambil
tersenyum.
Mukanya masam mencuka sepanjang perjalanan. Sebaik sahaja
Sophia
membuka pintu dia terus
meluru masuk tanpa berkata apa-apa. Barang-barang di
dalam bakul basikalnya di
biarkan sahaja di situ. Sophia yang melihat gelagat
sahabatnya itu
menggelengkan kepala.
“Apa yang tak kena ni?” Soal Sophia sambil meletakkan
plastik barang di
atas meja.
“Geram betol.. Ingat dia tu apa? Bagus sangat?” Luah
Nafiesya. Tanpa
perlu dipaksa-paksa dia
menceritakan kejadian tadi kepada Sophia. Tetapi
ceritanya lebih menjurus
kepada punca kemarahannya.
“Dia tu memang penjahat. Kalau jumpa lagi, siapla..
penjahat
bertanduk,”marah Nafiesya.
“Sabarla Fiesya. Tak elok marah-marah.”
Nafiesya sekadar mendiamkan diri mendengar kata-kata
Sophia yang
berunsur nasihat itu.
Seketika kemudian dia bingkas bangun dan menuju ke
biliknya.
“Nak ke mana?”
“Mandi. Melekit rasanya..”
“Owh.. Ingat dah merajuk.” Kata Sophia sambil tersenyum.
"Tak ada keja nak merajuk. Tak pasal-pasal malam ni tak
boleh makan.”
Kata Nafiesya sambil
begurau.