..LiFe Is WoNdErFuL..

Don't wilt away, Ichirin No Hana.
Don't ever give up, Ichirin No Hana.
Because life is like a song..
Our life, we tune the melody.
Our life, we create the lyrics.

Tuesday, 12 February 2013

~~ jAnJiKu ~~

~~ jAnJiKu ~~






MONOLOG

         Aku memang lemah. Aku akuinya, Sophia. Sebabnya aku memang tak dapat jadi setabah kau. Dulu aku fikir, aku mampu jadi setabah kau. Malah, lebih tabah dari kau. Tetapi, hakikatnya bukan begitu. Kau mampu hadapi segalanya dengan senyuman. Tapi aku…Aku bukannya tidak mahu senyum. Dulu aku pernah mengukir senyum. Kadang – kadang ketika menangis pun aku masih mampu tersenyum. Tapi itu dulu. Ketika dia masih ada di sisi aku. Kini, aku memang ingin tersenyum. Cuma, aku tak lagi mampu mengukir senyuman. Walau betapa aku mencuba sekali pun. Bibir ini terasa berat dan hati ini terasa hambar. 

            Dulu, ada yang bertanya pada ku, “Adakah kau percaya cinta pandang pertama?” Aku tidak tahu jawapannya. Jadi, aku selalu bertanya soalan yang sama pada diri sendiri. Tapi masih tiada jawapan. Hinggalah pada saat jantung ini berdegup pantas bila bertentang mata kau pada kali pertama. Selepas itu, pandangan aku hanya mencari kau. Dan selepas itu aku percaya, yang aku telah jatuh cinta pada kau pada pandangan pertama. Love at the first sight. Kerana itu, aku mengatakan yang kau memang menawan hati Iskandar Dzulkarnaen. Dan kerana kau juga, aku tak pernah menyedari seseorang yang sentiasa di sisi kau memerhatikanku sambil mengharap aku memandangnya walau sekali.

            Dan kau Zafwan Iskandar. Bila kau ada bersama, kau memang menyesakkan mata. Tapi, bila kau tiada, bernafas pun aku dah lupa caranya.




SATU

            Nafiesya meletakkan plastik barang – barang yang di belinya tadi di dalam 
bakul basikalnya. Kemudian basikal BMX miliknya itu disorong ke depan sebelum 
mula mengayuh. Ketika itu matanya terpandang seorang kanak – kanak yang yang 
berusia dalam lingkungan 4 tahun melambungkan bola miliknya ke udara. Ibunya 
yang mendukung seorang bayi berkali – kali melarang perbuatan anaknya itu. 
Namun, anaknya itu kangsung tidak mengendahkan larangan ibunya itu.

            Nafiesya tersenyum. Kanak – kanak memang begitu. Sebaik sahaja dia 
melepasi tempat ibu dan anak itu berdiri, bola  yang dilambung ke udara oleh anak 
tersebut melantun ke tengah jalan. Kanak – kanak tersebut pula terus merengek 
meminta ibunya mendapatkan kembali bolanya itu. Nafiesya berhenti dan terus menuju ke arah 
ibu tersebut untuk menawarkan bantuan.

            “Kan ibu dah kata, jangan main…”
            “Boleh saya bantu?”ucap Nafiesya sebaik sahaja tiba di tempat ibu tersebut.
            “Menyusahkan kamu sahaja.”
Setelah memastikan tiada kenderaan, Nafiesya segera mendapatkan bola 
yang bergolek ke tengah jalan. Sebaik sahaja dia bangkit dari membongkok, sebuah 
kereta berhenti secara mengejut tidak jauh dari tempat Nafiesya berdiri. Bola yang 
dipegangnya tadi terlepas dari tangannya dan bergolek ke tepi jalan. Jantungnya seolah-olah berhenti berdegup. Mukanya jelas kelihatan terkejut. Seorang lelaki 
dari tempat penumpang tergesa-gesa keluar mendapatkannya.        

            “Awak tak apa – apa?”
            Nafiesya menggelengkan kepala sambil memandang wajah lelaki tersebut. 
Dia terpaku. Dia seakan – akan terpesona dengan wajah tampan milik lelaki itu.
            “Awak pasti ke tak apa – apa ni?” Soal lelaki itu lagi.
            Sekali lagi Nafiesya menggelengkan kepalanya. Manakala seorang lagi lelaki keluar 
dari tempat pemandu tetapi dia sekadar berdiri di sisi keretanya.
            “Cepatlah Dzul,”katanya.
Lelaki yang dipanggil Dzul itu mengangguk. Kemudian dia mendapatkan bola lalu 
menyerahkannya kepada Nafiesya dengan senyuman. Nafiesya membalas 
senyuman lelaki  baik tersebut dengan hatinya yang berbunga.

            “Terima kasih.”
            Jantungnya berdegup pantas apabila pandangan mata mereka bertaut. 
Cepat-cepat dia mengalihkan pandangan. Perasaan malu menyelinap ke segenap 
ruang hatinya. Wajahnya terasa panas.

            “Lain kali jangan main bola tengah-tengah jalan. Ingat ni jalan bapak dia 
punya.”
            Suara kuat yang sememangnya sengaja dikuatkan itu menusuk ke 
pendengaran Nafiesya. Pandangan tajam dihala ke arah lelaki tersebut.
            “Sepatutnya awak yang minta maaf bukan dia,”ujar Nafiesya sambil 
menunjuk ke arah Dzul.
            “Apa? Kenapa pu..”
            “Sebabnya awak yang pandu kereta. Lagi satu, jangan ingat awak pandu 
kereta awak boleh berlagak,”kata Nafiesya menghabiskan ayatnya tanpa memberi 
peluang lelaki itu berkata-kata.

            Nafiesya sempat menendang tayar kereta sebelum dia berlalu memberikan 
bola kepada kanak-kanak tadi. Selepas itu, dia mendapatkan basikalnya.
            Mata Zafwan terbeliak melihat tindakan berani mati gadis tersebut. Dia 
baru sahaja ingin membuka mulut untuk memarahi gadis tersebut tetapi Dzul 
terlebih dahulu melarangnya.

            “Dahlah Zaf..”
            Zafwan memerhatikan sahaja tingkah Nafiesya sehinggalah kelibat gadis 
tersebut hilang dari pandangan. Dzul pula melihat tingkah sahabatnya itu penuh 
minat.

            “Berminat?” Soal Dzul cuba menduga.
            “Nonsense! Tapi, dia tu kelakarla.”
            “Apa yang kelakarnya?”
            “Iyalah. Ada lagi rupanya orang yang berbasikal. Aku fikir kanak-kanak je.’
            “Biasa je aku rasa. Negara maju macam Jepun pun, rakyat dia pun masih 
lagi berbasikal.”
            “Itu Jepun. Kat Malaysia ni jarang kita jumpa. Lebih-lebih lagi di bandar. 
Kalau kampung tu lain la citenya."
            “Papela Zaf. Yang kau tu melulu marah dia tadi, kenapa?”
            “Aku tak tahula pulak yang dia tolong budak tu.”
            “Itula kau. Lain kali jangan marah melulu.”
            Zafwan sekadar tersenyum.
            “Tapi dia tu memang berani,”kata Zafwan perlahan.
            “Apa?”
            Zafwan menggelengkan kepala tanda tiada apa-apa sambil tersenyum.


            Mukanya masam mencuka sepanjang perjalanan. Sebaik sahaja Sophia 
membuka pintu dia terus meluru masuk tanpa berkata apa-apa. Barang-barang di 
dalam bakul basikalnya di biarkan sahaja di situ. Sophia yang melihat gelagat 
sahabatnya itu menggelengkan kepala.

            “Apa yang tak kena ni?” Soal Sophia sambil meletakkan plastik barang di 
atas meja.
            “Geram betol.. Ingat dia tu apa? Bagus sangat?” Luah Nafiesya. Tanpa 
perlu dipaksa-paksa dia menceritakan kejadian tadi kepada Sophia. Tetapi 
ceritanya lebih menjurus kepada punca kemarahannya.

            “Dia tu memang penjahat. Kalau jumpa lagi, siapla.. penjahat 
bertanduk,”marah Nafiesya.
            “Sabarla Fiesya. Tak elok marah-marah.”
            Nafiesya sekadar mendiamkan diri mendengar kata-kata Sophia yang 
berunsur nasihat itu. Seketika kemudian dia bingkas bangun dan menuju ke 
biliknya.

            “Nak ke mana?”
            “Mandi. Melekit rasanya..”
            “Owh.. Ingat dah merajuk.” Kata Sophia sambil tersenyum.
            "Tak ada keja nak merajuk. Tak pasal-pasal malam ni tak boleh makan.” 
Kata Nafiesya sambil begurau.



Saturday, 19 January 2013

F.T ISLAND'S Calendar 2013..

FLOWER BOY GROUP IS HERE : F.T ISLAND'S CALENDAR..

THEY ARE SO CUTE..
CHOI JONG HUN
LEE HONG KI
CHOI MINHWAN
LEE JAE JIN
SONG SEUNG HYUN